Telekung Eksklusif Rizqin


TELEKUNG PREMIUM YANG SANGAT EKSKLUSIF

LIMITED EDITION!

MENCARI TELEKUNG YANG SELESA DIPAKAI
UNTUK SOLAT? 

TAK PERLU LAGI RISAU TENTANG RAMBUT YANG TERKELUAR DI KIRI KANAN WAJAH ANDA

KAIN YANG BERKUALITI TINGGI, TEBAL, SEJUK, LEMBUT DAN TAK JARANG


JUGA SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI:
 Hantaran perkahwinan/pertunangan
 Hadiah hari jadi, hari ibu, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya
 Hadiah istimewa kepada persatuan-persatuan wanita, masjid dan
kelab-kelab khas yang inginkan telekung seragam
 Wakaf telekung kepada masjid dan orang-orang susah



ANGGARAN SAIZ SEMUA TELEKUNG:
- Labuh kain lebih kurang 50inci
- Labuh telekung depan dari bawah dagu 34inci 
- Labuh belakang dr atas kepala 52inci - 54inci 
- Lilit muka 22inci-23inci


JENIS-JENIS TELEKUNG:

 TELEKUNG KERAWANG EMAS 




Ciri-ciri dan Kelebihan:
❤ Material kain daripada cotton silk
❤ Warna kain telekung- putih dan krim
❤ Pattern kerawang terdapat 14 jenis dan warna
❤ Kain cotton yang lembut, jatuh dan sejuk dipakai
 Kain labuh dan bergetah di pinggang


   TELEKUNG COTTON




Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material kain daripada cotton
 Warna kain telekung - putih
❤ Corak bunga terdapat 7 jenis dan warna
❤ Kain cotton yang lembut, ringan, tidak terlalu tebal dan juga tidak nipis
❤ Melekap kemas di muka dan dagu walaupun tidak memakai anak tudung 
❤ Tidak melekap di badan
 Kain labuh dan bergetah di pinggang
❤ Semakin lembut apabila dibasuh berulang kali 


TELEKUNG SILK BUNGA



Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material daripada cotton silk sintetik
  Warna kain telekung - putih
 Corak bunga terdapat 8 jenis dan warna
 Kain cotton silk yang lembut, ringan, sejuk dan sangat selesa
 Jenis kain jatuh dan tidak melekap di badan
❤ Kain labuh dan bergetah di pinggang


TELEKUNG BUNGA SULAM


Ciri-ciri dan Kelebihan:
❤ Material kain daripada cotton viscose
❤ Corak bunga terdapat 14 jenis dan warna
Jenis kain lembut, ringan dan tak panas
❤ Melekap kemas di muka dan dagu
❤ Kain tidak melekap pada badan dan tidak mengerbang 
❤ Sulaman bunga timbul, sangat kemas dan cantik
❤ Kain labuh dan bergetah di pinggang


TELEKUNG SITI KHADIJAH


Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material kain daripada high quality cotton 
 Dihiasi 'lace' yg ringkas dan anggun
di bahagian muka & bawah telekung
 Jenis kain lembut, ringan dan tak panas
 Melekap kemas di muka dan dagu
 Ada lining di bahagian dalam (Tak jarang)
 Kain tidak melekap pada badan dan tidak mengerbang 
 Kain labuh dan bergetah di pinggang


TELEKUNG LYCRA VIETNAM


Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material kain daripada lycra (stretchable)
 ❤ Jenis kain lembut, sejuk, tidak jarang dan tebal
❤ Senang diurus  - tak berkedut
❤ Lebih lasak dan tahan lama - Kain tidak menipis
walau sering dibasuh
❤ Ada dua warna - putih dan hitam
❤ Melekap kemas di muka dan dagu
❤ Jahitan 'lace' yang sangat kemas 
❤ Kain labuh dan bergetah di pinggang 


TELEKUNG LYCRA BANDUNG


Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material kain daripada lycra terbaik (stretchable)
❤ Warna telekung - hitam sahaja
 Jenis kain lembut, sejuk, tidak jarang dan tebal
 Senang diurus  - kain berat & tak berkedut
 Lebih lasak dan tahan lama - Kain tidak menipis
walau sering dibasuh
 Melekap kemas di muka dan dagu
❤ Di hujung telekung dan bahagian kepala dihiasi gabungan kain English cotton dan renda yang sangat kemas dan cantik
❤ Didatangkan dengan kain sarung bergetah memudahkan dan menjimatkan masa untuk memakainya.


TELEKUNG SPECIAL SILK
(PERCUMA BEG TELEKUNG DAN SEJADAH)


Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material kain daripada fabrik sutera yang berkualiti tinggi
❤ Jenis kain lembut, sejuk, ringan dan sangat selesa
❤ Kain tidak melekap pada badan dan tidak mengerbang
❤ Melekap kemas di muka dan dagu
❤ Jahitan kerawang yang sangat kemas dan bermutu tinggi
❤ Kain labuh dan bergetah di pinggang


TELEKUNG PARIS 250
(PERCUMA BEG TELEKUNG)


Ciri-ciri dan Kelebihan:
 Material kain daripada cotton berkualiti tinggi
 Jenis kain lembut, ringan, sejuk, tidak terlalu tebal dan juga tidak nipis
 Dihiasi penuh dengan kerawang bunga pada kain telekung; ringkas dan cantik
❤ Kain tidak melekap pada badan
❤ Kain labuh dan bergetah di pinggang


TELEKUNG PARIS 200
(PERCUMA BEG TELEKUNG)


 Material kain daripada cotton berkualiti tinggi
 Warna kain telekung - warna cream
 Jenis kain lembut, ringan dan sejuk
 Dihiasi penuh dengan kerawang bunga pada kain telekung
 Kain labuh dan bergetah di pinggang





Whatsapp sekarang untuk tempahan:
016-9814796 (Cik Nabila)
016-9814796 (Cik Nabila)
016-9814796 (Cik Nabila)


7 Sunnah Hebat Menjemput Rezeki

1. Tahajjud. Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. InshaAllah dengan amalan Tahajud, niat dan doa mudah termakbul serta menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, bila kita memberi (sedekah), Allah akan memberi 'pulangan' yang berlipat kali ganda.

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan berasa yang dia sedang dalam solat walaupun dia belum bersolat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan istighfar selalu.






Kisah Silam Bukan Untuk Diungkit

Manusia ni pelik, masing-masing ada ragam sendiri. Ada yang suka sangat nak tahu hal orang. Ada juga yang ambil serius dengan apa yang orang kata. Tak kurang juga dengan orang yang suka dengki dengan orang. Kenapa perlu dengki sedangkan kita sendiri punya kelebihan masing-masing. Cakap mengenai kisah silam dan masa depan. Orang kata kita harus belajar dari kisah silam, sebab kisah silam merupakan guru yang terbaik. Betul, kita perlu belajar dari kisah silam tapi bukan hidup dengan kisah silam. Kalau kita hidup dengan kisah silam, jawabnya memang tak kemana lah kehidupan kita.



Setiap manusia punya cerita tersendiri, kisah tersendiri. Ada cerita yang sedih dan ada juga yang gembira. Namun ada formula untuk terus maju. Lupakan semua yang pernah berlaku masa dahulu. Contohnya kaki botol yang dah bertaubat tapi masih lagi hidup dalam bayangan masa silam. Jangan pernah sesekali pandang kebelakang kalau kita nak maju ke hadapan. Jika kaki botol ini masih lagi hidup dalam kisah silamnya, pasti dia akan sentiasa mengungkit kesilapannya dahulu. Buat pengetahuan semua, tak ada orang yang nak dengar kisah silam kita yang teruk itu. Orang ramai nak dengar kisah silam kita yang gembira kini.

Sejarah dan kisah silam penting untuk kita jadikan iktibar dan panduan, tidak lebih daripada itu. Dan juga perumpaan memandu kereta dan cermin sisi tu. Cermin sisi itu ibarat sejarahlah yang perlu kita lihat sesekali ketika memandu. Untuk memastikan pemanduan kita selamat. Tapi kalau dok asyik pandang cermin sisi je tak pandang depan, alamatnya aksidenlah, kan? Jadi, apa perlu di kenangkan kisah silamnya. Jadikan ianya sebagai panduan sahaja.

Untuk apa kita hidup dengan kisah silam yang pahit sekiranya kita boleh dapatkan kehidupan masa depan yang manis. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang ingin bertaubat.

Bagi sesiapa yang suka mengungkit kisah silam orang lain, sedarlah bahawa apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga. Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.

Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.

There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.
Begitulah juga dengan kita. Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia. Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.

Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri. Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.

Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia. Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.


Pengganggu Rumahtangga Kawan kepada Iblis Dasim

Hari ni, kita boleh lihat dimana terlalu ramai, baik lelaki atau perempuan yang suka mengganggu keharmonian rumahtangga pasangan yang telah berkahwin. Kadang-kadang, sehingga berlakunya penceraian akibat angkara mereka.  Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mungkin daripada kalangan ahli keluarga sendiri, membabitkan campur tangan ibu bapa, mentua, adik beradik atau orang luar adalah sebahagian faktor penyebab keruntuhan rumah tangga.


Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman dalam satu kenyataan mengakui kehadiran orang ketiga sering kali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang. Walaupun orang ketiga bukan punca utama perceraian, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat oleh LPPKN pada 2004, menunjukkan 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan. Perbuatan memecah-belah atau menjadi dalang punca berlakunya perceraian sebenarnya adalah perbuatan dosa dan maksiat serta boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang jenayah syariah. 

Perbuatan memutuskan silaturahim sesama Muslim adalah amalan masyarakat Arab jahiliah. Apabila Islam muncul, Baginda Nabi Muhammad SAW membawa perspektif baru, menyeru manusia supaya menjaga silaturahim. Firman Allah yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biak lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisa', ayat 1) Allah menyeru seluruh umat manusia tanpa memandang agama, suku, ras, warna kulit, bangsa atau keturunan, supaya bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Allah menciptakan manusia dari ayahanda dan bonda yang satu, iaitu Nabi Adam dan Hawa, maka Allah menyeru manusia untuk menyambung silaturahim serta dilarang memutuskannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu, dan bertakwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat-Nya." - (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Tindakan memutuskan silaturahim antara suami isteri diperuntukkan sebagai suatu kesalahan jenayah. Walau apa pun, hukum syarak sudah jelas dan undang-undang termaktub. Orang yang menjadi dalang permusuhan dalam rumah tangga ini sebenarnya adalah rakan kepada iblis yang digelar Iblis Dasim, tugasnya mempengaruhi, menggoda, mendorong suami isteri supaya melakukan penyelewengan, akhirnya berlaku perceraian. Apabila berlaku perceraian, maka akan mudah bagi iblis Dasim mengajak suami isteri tadi melakukan kemaksiatan, seperti zina dan khalwat. Iblis Dasim sangat benci kepada rumah tangga yang rukun dan bahagia.

Sesungguhnya al-Quran sudah memberi amaran kepada kaum Muslimin supaya jangan mengikuti langkah Iblis menyesatkan melalui firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." - (Surah al-An'am, ayat 142)



Oleh: Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia




Contest: Siapa Nak Aura Rizqin Percuma?

Assalamualaikum.

Hai.. RIZQIN dengan berbesar hatinya ingin menawarkan Haruman Sunnah Aura Rizqin yg bernilai RM70 kepada sesiapa yang menyertai CONTEST kami! Ini tanda penghargaan kepada anda semua yang telah memberi sokongan untuk Aura Rizqin terus berkembang maju.

Untuk join, anda harus ke sini --- FB TARIKAN REZEKI

Dan follow steps yang diberi. Semoga berjaya!

CARA MUDAH NAK MENANG & MEMILIKI HARUMAN HEBAT AURA RIZQIN!


Syarat-syarat:

1) Warganegara Malaysia
2) WAJIB LIKE page TARIKAN REZEKI (https://www.facebook.com/tarikrezeki)
3) Lengkapkan slogan: "Saya nak Haruman Aura Rizqin kerana........."
di ruangan KOMEN POST FB Tarikan Rezeki
4) SHARE post ini di wall FB anda


Mudah kan? Apa tunggu lagi? Jom ikut step diatas dan menangi Haruman Aura Rizqin!

TIGA PEMENANG akan dipilih berdasarkan syarat yg dipatuhi dan SLOGAN yg paling superb & menarik pada bila-bila masa sahaja!

P/s: Setiap orang hanya SATU penyertaan sahaja

CEPAT ! KLIK DISINI UNTUK JOIN !!


Perasan Bagus?

Hanya sebab satu silap yang dilakukan oleh orang lain, kita dah mula rasa, ish dia ni tak patut buat macam ni, dan rasa respect kita padanya mula berkurangan. Atau mungkin juga kita mula mengata dan berkongsi cerita mengenai satu kesilapan yang telah dilakukan orang tersebut... 




Hakikatnya... Adakah kita merasa kita lebih baik daripada dia yang hanya melakukan SATU kesalahan kepada kita? Kita tidak berhak merendahkan maruahnya kerana kalau Allah menginginkan dia jadi lebih baik daripada kita, sekelip mata sahaja. Kun Fayakun. Kecualilah memang kesalahan yang besar seperti syirik. Itupun perlu menasihatinya dahulu. Bukan mencacinya dan  "berasa aku lebih baik" serta jangan pernah anda berasa dalam hati, "aku lebih baik dari dia"

Itu adalah bibit-bibit KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN dalam diri yang kadangkala kita tak sedar ia mula bercambah. Nauzubillah... Neraka jahannamlah tempat orang-orang yang sombong dan angkuh...

Ciri-ciri orang yang perasan bagus adalah: 

1. Menjadi buta dengan kebaikan seseorang oleh kerana hanya satu kesalahan yang dia telah lakukan

2. Biadap dengan orang lain

3. Mudah dihinggapi penyakit angkuh dan sombong

4. Mudah marah (penyakit syaitan) 

5. Emosi mudah terganggu 

6. Susah nak terima pendapat orang lain dan berasa "aku je yang betul"

7. Degil dan bodoh sombong

8. Ego tak bertempat

9. Kurang rasa redha dalam diri

10. Pendendam
  
11. Suka ragu-ragu pada orang lain

12. Kurang bersandarkan pada takdir Allah




P/s: Jom sama-sama muhasabah diri....


Peluang Menikmati Side Income Lumayan

PENAT MAKAN GAJI? Nak cari SIDE INCOME LUMAYAN?

PELUANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA RIZQIN....

Sampai bila nak keja makan gaji? 
Sampai bila nak turun pagi balik petang?
Sampai bila nak jadikan office tu rumah kedua? 
Keje dari muda sampai tua tapi tetap sama jugak
Tak teringin ke nak cuba berniaga? 
Tak teringin ke nak duit masyuk kiri kanan?
Tak teringin ke nak bagi lebih kat mak ayah?
Tak teringin ke nak goyang kaki kat rumah tapi tetap masyuk?
Tak teringin ke nak kumpul aset banyak2?
Tak teringin ke nak berzakat dan bersedekah lebih banyak utk saham akhirat?

Izinkan kami bantu anda memulakan sebuah perniagaan dengan modal yg kecil dan bakal membuatkan perniagaan dengan modal yang kecil tersebut membuatkan anda mengalami keuntungan berterusan.

Yang paling penting, kita semua dapat menyebarkan kebaikan sunnah untuk berniaga...

Sambil berniaga sambil kumpul pahala.


✓ Modal terendah di pasaran
✓ Bimbingan diberi percuma
✓ Produk berkualiti tinggi
✓ Produk Halal dan Suci
✓ Minimum stok 10 unit sahaja
✓ Income lumayan
✓ Marketing berterusan dan agresif oleh pihak HQ
✓ Bahan marketing percuma
✓ Gambar promosi akan disediakan oleh pihak HQ
 Nama sebagai agen sah akan di update ke official website RIZQIN
✓ Akan dimasukkan ke Aura Rizqin Team - whatsapp group support :


Syarat kelayakan:
Komited, yakin diri dan bersungguh sungguh!


Info lanjut, sila hubungi saya, Nabila: 0169814796


♥ COPYRIGHT @ RIZQIN 2015. By Nabila ♥