Black Seed @ Habbatussauda

Ramai orang yang tidak mengetahui mengenai kelebihan black seed (jintan hitam) atau habbatussauda. Ada juga yang tidak memiliki keyakinan pada kelebihan dan khasiat penyembuhan yang diberikan sebagai hadiah dari Allah. Meskipun banyak hadis yang telah menyatakan kuasa penyembuhan yang berasal dari jintan hitam ini, masih ramai orang yang tidak percaya pada manfaat ia sebagai suplemen vitamin atau ubat yang paling mujarab.

Tumbuhan herba, black seed dipercayai berasal dari daerah Mediteranian namun dikembangbkan di berbagai belahan dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara, dan Asia.
Bentuknya kecil dan berserabut, berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya, black seed merupakan tumbuhan bunga fennel biasa (Nigella Sativa) keluarga buttercup (Ranunculaceae).




Terkadang ada salah persepsi antara Nigella Sativa dengan tumbuhan herba fennel (Foeniculum vulgare). Ada dua jenis tumbuhan ini, ianya berwarna ungu kebiru-biruan atau putih. Ia tumbuh pada bunga tersebut di bahagian cabang pada semua tangkainya saat daunnya saling tumbuh bertentangan secara berpasangan. Daun di bahagian bawah berbentuk kecil dan pendek, sedangkan bahagian atas lebih panjang (6-10 cm). Batang bunga tersebut boleh mencapai ketinggian 12 sampai 18 inchi sehingga bahagian buahnya, iaitu black seed menjadi matang.

Black seed terkenal dalam penjagaan kesihatan dan rutin manusia. Dengan cara ini, kandungan nutrisi dan fungsi penyembuh yang banyak dalam seed ini dapat membangunkan sistem kekebalan tubuh sepanjang hari, dan juga menyediakan sumber yang optimal untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Black seed kaya dengan kandungan nutrisi Monosaccharides (molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia juga mengandungi non-starch polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat berguna. 15 amino membentuk protein didalamnya diperlukan kita untuk menjaga berat badan. Black seed mengandungi Arginine yang penting untuk pertumbuhan. Analisis kimia lanjutan membuktikan bahawa black seed mengandungi karotin, yang diubah menjadi vitamin A oleh hati.




Black seed juga merupakan sumber kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Diperlukan dalam jumlah yang sedikit dalam tubuh, fungsi utama elemen-elemen ini membantu menyahkan enzim yang lainnya. Habbatussauda juga kaya dengan Linoleic  yang terdiri daripada asam alfa-Linolenic (omega 3) dan asam Linoleic (omega 6), dalam pembentukan sel yang tidak dapat dibentuk dalam tubuh dan oleh karena itu ia harus dapat melalui makanan yang memiliki kandungan EFA tinggi.

No comments:

♥ COPYRIGHT @ RIZQIN 2015. By Nabila ♥